KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata setakat Julai lalu, jumlah kedatangan pelancong ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu direkodkan adalah 141,487 orang.
"Walaupun musim tengkujuh hampir tiba, sasaran tersebut dapat dicapai memandangkan Tasik Kenyir masih menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan pemancing," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Mohd Zawawi Ismail (PAS-Telemong) mengenai jumlah kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir dan usaha kerajaan negeri bagi merancakkan sektor berkenaan.
Menurut Razali jumlah kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir mengalami penurunan drastik iaitu dari 607,398 pada 2019 kepada 208,097 pada 2020.
Bagaimanapun menurut Razali pada 2021 jumlah pelancong meningkat kepada 277,969 orang namun berkurangan kepada 246,896 pelawat pada 2022.
"Penurunan drastik disebabkan serangan COVID-19. Namun dengan penganjuran pelbagai acara di kawasan tersebut, kita yakin sektor pelancongan di Kenyir akan kembali rancak seperti sebelumnya," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN, Razali berkata kelebihan Tasik Kenyir adalah ia terkenal dengan jolokan 'syurga kaki pancing' dan setiap kali musim tengkujuh, ia menerima impak positif kerana peningkatan tempahan rumah bot.
"Walaupun banyak pengusaha rumah bot beroperasi di Tasik Kenyir, ia sebenarnya belum mampu menampung jumlah permintaan pelancong dari luar terutama pada hujung tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Razali berkata kelebihan Tasik Kenyir adalah ia terkenal dengan jolokan 'syurga kaki pancing' dan setiap kali musim tengkujuh, ia menerima impak positif kerana peningkatan tempahan rumah bot. - Foto fail/Astro AWANI
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terpedaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150.
1,000 ikan siakap 90 sen habis dijual dalam sejam
Seorang peniaga ikan di Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
30 PPS dibuka di lima daerah di Terengganu
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 30 Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Kemaman melibatkan 415 keluarga.
Hujan berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.
Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.
Polis Terengganu tumpaskan sindiket wang palsu
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan mengedarkan wang palsu di negeri itu sejak setahun lalu.
Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.